Friday, 10 February 2012

kali ni saya menceritakan tentang kepupusan haiwan....dan ini lah newpost pertama saya..tapi saya cerita kan tentang 3 haiwan sahaja iaitu quagga,serigala tasmania dan burung dodo..


Quagga (Equus quagga quagga) ialah sejenis spesies yang telah pupus yang menyerupai kuda belang. Ia pernah ditemui dalam jumlah besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan dari kuda belang lain dengan memiliki tanda pada bahagian hadapan tubuh. Seperti kuda belang yang sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai, begitu juga quagga. Nama Quagga berasal dari kata Khoikhoi untukkuda belang. Quagga pupus akibat perburuan oleh manusia yang berusaha mendapatkan daging dan kulitnya.


Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagai harimau Tasmaniakerana punggungnya yang bercorak belang, namun ada juga yang menyebutnya serigala Tasmania, dan secara percakapan juga disebutharimau Tassie (atau Tazzy) atau cukup harimau saja.[a] Binatang ini adalah spesies terakhir dari genusnyaThylacinus. Sebahagaian besar spesiesnya ditemukan dalam bentuk fosil yang berasal dari awal zaman Miosen.
Harimau Tasmania pernah pupus di benua Australia ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan diTasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian Devil (Syaitan Tasmanian). Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.
Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang pernah hidup di pulau Mauritius. Burung ini berhubungan denganmerpati. Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan bersarang di tanah.
Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke-17.[1] Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.

Kepupusan

Landscape with birds - dodo dilukis oleh Roelant Savery tahun 1628.
Dodo adalah burung yang tidak takut pada manusia, dan ditambah ketidakmampuannya untuk terbang, membuatnya menjadi mangsa yang mudah ditangkap.[12] Orang yang mendarat di Mauritius memakan burung ini. Namun, banyak jurnal melaporkan rasa dodo tidak enak dan dagingnya yang keras, sementara spesies tempatan lainnya seperti Rail Merah enak rasanya. Umumnya dipercaya bahawa pelaut Melayu menghargai burung ini dan membunuhnya hanya untuk menggunakannya sebagai hiasan kepala dalam upacara keagamaan.[13] Manusia pertama yang mendatangi Mauritius membawa binatang baru, seperti anjingbabikucingtikus dan kera pemakan kepiting yang menghancurkan sarang dodo, sementara manusia menghancurkan hutan tempat dodo tinggal.[14] Kini, dampak dari binatang-binatang itu — terutama babi dan kera — pada kepupusan dodo dianggap lebih berpengaruh dibanding pengaruh dari perburuan. Ekspedisi tahun 2005menemukan banyak binatang yang mati akibat banjir. Kematian besar-besaran demikian semakin menyulitkan bagi spesies yang sudah terancam punah.[15]
Walaupun banyak laporan tentang pembunuhan besar-besaran dodo untuk bekal makanan dalam kapal, penemuan arkeologi sampai sekarang kurang mendapatkan bukti dari adanya manusia yang memangsa burung ini. Tulang belulang dari setidaknya dua dodo ditemukan dalam gua di Baie du Cap yang digunakan sebagai tempat berlindung buronan budak dan narapidana dalam abad ke-17, tapi kerana tempat itu terpencil akibat ketinggiannya, daerah itu sukar dicapai oleh dodo.[16]